Make your own free website on Tripod.com

Logo Metasample
MAIN
CATEGORY
Counter
METASAMPLE > ABOUT SPONSOR
Pendaftaran Penaja | Pendaftaran Sampel | Pengesahan Deposit | Pendaftaran Pautan Tempahan

Siapa itu Penaja Metasample?

Metasample menggalakkan anda untuk menjadi Penaja Metasample. Penaja Metasample dialu-alukan untuk menyumbangkan sampel produk kepada Metasample.

Apa kelebihan menjadi Penaja Metasample?

;)

Dapat mempromosikan produk.

;)

Dapat memperkenalkan produk baru.

;)

Dapat menerima maklumbalas tentang produk.

Siapa yang boleh menjadi Penaja Metasample?

Sesiapa sahaja boleh menjadi Penaja Metasample asalkan anda mempunyai produk yang ingin dipromosikan. Produk yang ditawarkan hendaklah halal dan tidak menyalahi undang-undang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN-HEP).

Bagaimana untuk menyertainya?

Mudah sahaja. Anda perlu mendaftar sebagai Penaja Metasample di sini. Selepas mendaftar, anda bolehlah menghantar sampel produk kepada Metasample.

Bagaimana cara menghantar sampel?

Anda boleh memilih antara dua pilihan berikut untuk menghantar sampel produk anda.

  Pilihan A.
Penghantaran Pos
 

  Pilihan B.
Laman Tempahan On-Line
 

  Advertisement  

  Advertisement Advertisement  

 

Pilihan A: Penghantaran Pos.

Untuk menghantar sampel melalui pilihan ini, anda perlu melakukan perkara berikut: 

1.

Menghantar sampel produk ke alamat Metasample berikut:

Metasample,
Lot 1424, Taman Damai,
45200 Sabak Bernam,
Selangor.

2.

Kemudian, anda perlu mendaftarkan sampel produk anda di sini.

Anda boleh menawarkan sampel produk seberapa banyak yang anda mahu. Lagi banyak sampel yang anda tawarkan, lagi ramai pengguna boleh mencuba produk anda. Segala kos penghantaran sampel produk adalah ditanggung oleh anda sendiri. Metasample amat menghargai sumbangan-sumbangan anda.

 

 

Pilihan B: Laman Tempahan On-Line.

Anda boleh menjadi Penaja Metasample dengan memberi pautan laman tempahan on-line untuk sampel produk anda kepada Metasample. Ahli Metasample yang berminat dengan sampel produk anda boleh menempah sampel tersebut secara on-line di laman web tersebut. Pautan tersebut akan disenaraikan di dalam ruangan Sponsor's On-Line di kategori sampel produk tersebut.

Bagaimanapun, anda dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 untuk setiap produk yang ingin dipromosikan dan pautan itu akan dipaparkan di dalam laman web ini selama 3 bulan. Untuk membuat bayaran, anda perlu:

1.

Selepas mendaftar , anda akan menerima email balas daripada metasample@yahoo.com yang menyatakan no. akaun BSN Metasample.

2.

Kemudian anda perlu memasukkan wang berjumlah RM30.00 (untuk 3 bulan) ke dalam akaun BSN Metasample secara manual.

3.

 

Selepas itu, anda perlu menghantar butir-butir deposit bank tersebut seperti nama pendeposit, no akaun dan lain-lain di sini.

4.

Akhir sekali, anda perlu mendaftar pautan Tempahan Penaja tersebut di sini.

Metasample amat menghargai penyertaan anda.

 

Bagaimana nak mendapatkan maklumbalas pengguna?

Untuk menghargai sumbangan anda, Metasample akan mendapatkan maklumbalas tentang produk anda daripada Ahli Metasample. Anda boleh menyediakan soalselidik yang anda mahu dan hantarkan kepada Metasample. Metasample akan menghantar soalselidik itu kepada Ahli Metasample yang mendapat sampel produk anda melalui email. Kemudian Metasample akan menghantar hasil maklumbalas kepada anda melalui email metasample@yahoo.com . Semoga maklumbalas tersebut membawa kebaikan kepada syarikat anda.

Jadi, tunggu apa lagi. Hantarkan sampel produk kepada Metasample sekarang.

Pendaftaran Penaja | Pendaftaran Sampel | Pengesahan Deposit | Pendaftaran Pautan Tempahan

COPYRIGHT 2006 myskyria@yahoo.com ALL RIGHTS RESERVED.