Make your own free website on Tripod.com

Logo Metasample
MAIN
CATEGORY
Counter
METASAMPLE > ABOUT MEMBER
Pendaftaran Ahli | Pengesahan Sumbangan Ahli

Siapa itu Ahli Metasample?

Ahli Metasample akan memperolehi sampel produk secara percuma daripada Metasample. Pelbagai sampel produk termasuk makanan, minuman, kesihatan, kecantikan, hiburan dan lain-lain lagi sedang menunggu anda.

Apa kelebihan menjadi Ahli Metasample?

;)

Dapat sampel produk secara percuma.

;)

Dapat mencuba produk baru.

;)

Dapat memberi maklumbalas tentang produk.

Bagaimana hendak mendapatkan sampel produk?

Semua sampel produk adalah percuma tetapi kos penghantaran adalah ditanggung oleh anda sendiri. Anda boleh memilih antara dua pilihan berikut untuk mendapatkan sampel produk:

  Pilihan A.
Sumbangan melalui bank
 

  Pilihan B.
Sampul Surat Kosong
 

  Advertisement  

  Advertisement Advertisement  

 

Pilihan A: Sumbangan melalui bank.

Untuk membiayai kos penghantaran melalui pilihan ini, anda perlu melakukan perkara berikut: 

1.

Mendaftar sebagai Ahli Metasample secara on-line di sini. ( Sekali daftar sahaja )

2.

Selepas mendaftar, anda akan menerima email balas daripada Metasample yang menyatakan no. akaun BSN Metasample.

3.

Kemudian anda perlu memasukkan sejumlah wang yang anda suka ke dalam akaun BSN Metasample secara manual sebagai kos penghantaran.

4.

 

Kemudian, anda perlu menghantar butir-butir deposit tersebut seperti nama pendeposit, no akaun, nama bank dan lain-lain di sini.

5.

Akhir sekali, anda boleh menempah sampel yang anda kehendaki secara on-line dengan mengklik pautan 'Tempahan Metasample' di sampel produk pilihan anda.

Metasample akan terus menghantar sampel produk yang dikehendaki sehingga kos penghantaran sampel produk melalui pos (kos sampul surat dan setem) sama dengan wang yang anda sumbangkan kepada Metasample.

Anda akan menerima sampel produk yang dikehendaki dalam masa satu minggu. Bagaimanapun penghantaran sampel produk percuma tertakluk kepada stok sampel produk yang masih ada dan prinsip 'siapa cepat dia dapat'. Jika sampel produk yang dikehendaki habis, Metasample akan memberitahu anda melalui email metasample@yahoo.com.

 

 

Pilihan B: Sampul surat kosong.

Untuk mendapat sampel melalui pilihan ini, anda perlu melakukan perkara berikut:

1.

Mendaftar sebagai Ahli Metasample secara on-line di sini.  ( Sekali daftar sahaja )

2.

Kemudian, anda perlu menghantar surat yang mengandungi sampul surat kosong kepada alamat Metasample berikut:

Metasample,
Lot 1424, Taman Damai,
45200 Sabak Bernam,
Selangor.

Saiz sampul surat kosong dan setem adalah mengikut saiz sampul surat dan setem yang ditetapkan untuk sampel produk yang dipilih. Jangan lupa tuliskan alamat anda dan kod sampel produk yang dipilih di sampul surat kosong tersebut.

Bukti penghantaran sampul surat anda bukan bukti penerimaan sampul surat oleh Metasample.  Anda akan menerima sampel produk yang dikehendaki dalam masa dua minggu.

Bagaimanapun penghantaran sampel produk percuma tertakluk kepada stok sampel produk yang masih ada dan prinsip 'siapa cepat dia dapat'. Jika sampel produk yang dikehendaki habis, Metasample berhak menggantikan sampel produk yang dipilih dengan sampel produk yang lain.

* Setem yang dikenakan adalah tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh Perkhidmatan Pos Malaysia mengikut berat sampel produk dan sampul surat.

 

Cara lain untuk mendapatkan sampel produk?

Ahli Metasample boleh mendapatkan sampel produk dengan menempah sampel produk secara on-line yang dikendalikan oleh laman web Penaja Metasample .

Untuk mendapat sampel melalui pilihan ini, anda perlu melakukan perkara berikut:

1.

Mendaftar sebagai Ahli Metasample secara on-line di sini.  ( Sekali daftar sahaja )

2.

Anda perlu klik kepada pautan 'Tempahan Penaja' di sampel produk yang dikehendaki di ruangan Sponsor's On-Line di setiap kategori sampel produk.

3.

Kemudian, anda perlu melengkapkan butir-butir peribadi Ahli Metasample di laman web tersebut.

Penaja Metasample tersebut akan menghantar sampel produk yang dikehendaki oleh Ahli Metasample di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Penaja Metasample.

Bagaimana mendapatkan keutamaan untuk memperolehi sampel produk?

Metasample akan berusaha mendapatkan lebih banyak sampel untuk semua ahli. Bagaimanapun sesetengah sampel adalah terhad. Jika anda mahu keutamaan mendapatkan sampel yang anda kehendaki, anda digalakkan menghantar maklumbalas tentang sampel produk yang pernah anda cuba kepada Metasample melalui metasample@yahoo.com. Maklumbalas ini merupakan sumbangan anda kepada syarikat yang menawarkan sampel produk mereka.

 
 
Pendaftaran Ahli | Pengesahan Sumbangan Ahli

COPYRIGHT 2006 myskyria@yahoo.com ALL RIGHTS RESERVED.